Wednesday 3 September 2008

serai fasa 2 genap sebulan dah..

secara rasminya aku mengesahkan project serai fasa 1 aku mengalami kegagalan.. faktor2 yang menyumbang kepada kegagalan itu telahpun dikaji dan dikenalpasti. para pengkaji dan jawatankuasa penyelia project telah bersepakat menyatakan bahawa faktor teknikal menyumbang kepada 90 peratus kegagalan tersebut..

antara faktor utama ialah..
  1. tanam terlalu dalam..(sebenarnya tanam dulu tak dalam pun tapi disebabkan tanah berpasir yang terlalu gembur telah menimbus anak benih semasa hujan lebat turun)
  2. teknik pembajaan yang kurang mahir + baja urea yang kurang berkualiti..
  3. kurang perhatian selepas menanam..
apapun percubaan memperbaiki segala kelemahan itu akan dilakukan pada project fasa 2 ini.. dan alhamdulillah menampakkan hasilnya..tapi masih awal untuk mengatakan fasa 2 ini berjaya...marilah kita sama2 berdoa agar semuanya berjalan seperti biasa..





Tuesday 5 August 2008

PICNIC.... (off topic jap)

PICNIC..haaa!!! aku benci picnic..... seumur hidup aku baru 4kali aku gi berkelah ni...bukan apa sebab aku memang takut air laut..fobia gitu.. kalau nak dibandingkan antara mandi laut dengan mandi air terjun, aku pilih gi waterfall... tapi nak buat camner member futsal dah ajak.. terpaksa pergi lah jugak... bila dah sampai kat cherating tu tetiba rasa teruja plak.. sebab apa aku teruja pun aku tak tau... apa yang aku tau , aku nak bedal semua makanan yang ada...

masa turun ke laut tetiba fobia aku hilang... dari penakut tetiba aku jadi manusia yang paling bahaya hari tu... punya la jauh mandi (bagi aku jauh la walaupun ada org lagi jauh). 4jam direct dalam air tu. sampai abis kecut jari2 aku... tapi sebab dah 'gila' hari tu, aku langsung tak pedulu kecut2 tu semua...









Sunday 3 August 2008

assalamualaikum semua..... lamanya aku tak menulis kat blog aku.. bukan apa sebelum ni patah semangat sekejap..nasib baik ada hamba Allah tu beri balik semangat kat aku ni.. hmmm,biasalah org muda yang takde pengalaman cam aku memang cepat melatah..cepat sangat nak putus asa.. tapi kini dah pulih kembali...

cerita terbaru aku ialah...aku telah mendapat bekalan benih untuk setengah ekar yang aku cari sebelum ini.. biar pun agak mahal sedikit tapi setelah dikira2 (tambah tolak darab bahagi) maka aku tak kisah lah dengan harga yang diberi... pakcik tu beri aku 6000btg cukup lah untuk setengah ekar dengan 3 @ 4 batang satu lubang..

bila sampai di kebun sedih bila melihat pokok2 serai aku banyak yang kecut dan ada jugak yang mati selepas membaja... arrgggggghhh apa puncanya!!! aku rasa mungkin penggunaan baja urea yang terlalu banyak kot..hmmm,tapi kata pihak CF ti satu rumpun satu sudu.. dah di ikut tapi masih mendatangkan masalah... aku taknak salahkan pihak lain sebaliknya aku akan belajar dari kesilapan aku sendiri... pasni kena la kurangkan baja sikit untuk projek yang setengah ekar ni....

ni antara pokok yang masih survive... tapi hidup cam tak semangat jer....(mungkin sebab tuan dia pun tak semangat kot)...TAPI!! kini aku dah semangat!!....




ni aje yang muat bonet kereta bapak aku... 1000 batang



ta da!! dah siap tanam pun 333 perdu....

Saturday 5 July 2008

Alhamdulillah..dah sampai akhirnya..

fuh..penat memandu seharian.. akhirnya aku selamat tiba di kuantan tepat jam 10.45malam.. memang banyak cerita yang nak aku sampaikan tapi tak dapat nak diceritakan semuanya di sini kot sebab penat sangat rasanya.. aku bertolak semalam (jumaat) jam 8 pagi dan tiba di melaka jam 1 lebih.. tak sempat nak makan tengahhari terus gi semayang dulu.. mulanya memang kami merancang unuk ke sungai buluh tapi tak jadi coz org yang nak kami jumpa tu dah berada di melaka..so, tak dapat la nak melawat kebun bro hamzah..nasib baik tak buat temu janji ngan dia..hehehe..kalau tak confirm dia akan marah kat aku... masa kami di alor gajah, terperanjat aku tengok pokok serai makcik ni besar nak mampos..tinggi bahu aku daunnya.. aku pun apa lagi terus mintaklah ngan makcik ni.. memang besar serai ni tapi aku tak pasti plak apa bakanya... bila ditanya ngan makcik tu dia cakap ni serai bukan serai kampung tapi boleh makan. aku pun tanya la ni serai peha ayam ke? boleh plak dia cakap "iye la kot"... tergelak aku dibuatnya.... tapi ayah aku cakap serai ni memang serai peha ayam.. yang buatkan aku musykilnya serai peha ayam ni terlampau lah besarnya... tengoklah gambar yang kat bawah ni.. serai ni aku dah potong 10inci sebab nak buat benih dan mungkin ditanam kat kebun aku rabu ni isyaallah..

jadi kalau sesaper boleh confirmkan kat aku yang serai aku jumpa ni serai peha ayam, bagitau la eh spesifikasinya..maklum la aku ni baru jer nak belajar bertani.. abgi aku kalau tengok besar jer dah panggil serai peha ayam..hehehe...



Wednesday 2 July 2008

Ta Da.... tengok la serai ni..


warggghhh dah besar dah serai ni...suburnya....

Tapi kengkawan jangan terperanjat, tu bukan serai kat kebun aku.. Giler apa tanam baru 26hari dah besar camni... ni serai kat kebun 'kawan baru' aku...usia serai ni bak kata pemiliknya baru berusia 2bulan dan baru je tadi siap pembajaan kali kedua.. kawan baru aku ni baru je kenal tadi... masa on da way balik tadi aku ternampak kebun ni. terus singgah.. besar la jugak dua ekar... sebelum2 ni aku just guna jalan utama tapi apsal ntah hari ni aku ikut jalan kampung...rupanya Dia nak temukan aku ngan kebun ni.. banyak jugak la borak ngan pemilik kebun ni.. yan namanya.. still belajar kat UPSI.. Katanya dia buat kontrak farming ngan rumpun biotek.. sampai kat pantai timur rumpun biotek ni pergi.... bagus2..

katanya, dia ikut abis panduan penanaman dari rumpun biotek.. tanam 6batang tegak dan disiram 7hari berturut2 lepas tanam.. tak macam aku, banyak nak 'mengelat'.... aku tanam 4batang jer kalau benih besar sebab tu lambat beranak kot.. Masa tunjuk gambar ni kat bapak aku,dia pun terperanjat... dia tanya kat mana budak ni tanam. aku pun cakap la kat kampung sebelah tu... rupanya kampung tu tanah dia elok...tanah banyak baja..patutla subur sangat..

apapun aku happy hari i sebab jumpa kawan baru hehehe...

Sunday 29 June 2008

alhamdulillah..Hujan mencurah-curah

syukur alhamdulillah..hujan tiba2 turun tengahhari ni..meringankan sikit kerja menyiram aku untuk minggu ni.. memang terror ayah aku buat ramalan cuaca..sekali pandang langit jer terus dia dapat agak hari akan hujan hari ni.. mulanya aku memang nak menyiram sebab kesian tengok pokok serai dah lama tak 'minum air' tapi ditentang oleh ayah aku... rupanya dia dah tahu hari nak hujan.hehehe...

tanam serai dalam polibeg???? praktikal kah?

sebenarnya perkara ni memang dah lama terbuku dalam hati aku.. praktikal ker kalau kiter tanam serai dalam polibeg? persoalan ni terdetik bila aku tengok banyak anak serai yang aku tanam mati tanpa aku tahu apa sebenarnya puncanya.. satu lubang aku tanam 6batang tapi tak semuanya hidup.. aku tahu ada yang akan kata "biasalah tu, takkan semuanya hidup" tapi bukankah itu satu kerugian? sepatutnya dari 6 batang anak benih kita boleh dapat 25-30 anak baru dengan hanya sebulan kini dah jadi 4-10 anak benih jer..Mungkin sebab kualiti anak anak benih tak elok kot? ataupun kurang penjagaan dan perhatian semasa menanam atau selepas menanam anak benih serai?..hmm,entah lah...

next time aku akan try tanam anak benih dalam polibeg dulu dalam 1000 beg..nak beri penjagaan secukupnya.. lepas sebulan baru pindahkan ke tanah. harap eksperimen aku ni berjaya..

biarlah org cakap aku giler tapi selagi aku tak puas hati aku akan cuba..apa nanti aku akan update kat blog ni..

Thursday 26 June 2008

benih serai terhad..

Benih tak ada....?

semalam aku dah call syarikat Moja Ventures bertanyakan pasal benih serai ni...hmm, nampak gayanya terpaksalah aku tangguhkan dulu niat nak perluas kebun serai aku ni..benih serai sekarang memang benar-benar terhad.. dan kalau adapun di tempat lain harganya YA RABBI mahal tak ingat.. boleh sampai RM2.50 sekilo.. dan ada yang jual sampai 20sen sebatang. kalau mahal kena dengan gred takpela jugak. ni tak, bercampur2 (yang halus pun kira 20sen gak)...

aku harap sebelum tengah bulan Julai ni pihak Moja Ventures dapat supply benih kat aku sebab sekarang ni memang tengah membuak2 perasaan nak menanam serai. apa taknya bila dah melihat kebun sendiri ada perkembangan...

semasa menanam






selepas hari ke 18 menanam



Wednesday 25 June 2008

bermula satu era baru dalam hidupku... aku dah ada blog sendiri!! (baru nak belajar)


assalamualaikum kepada semua pembaca2 blog aku. Yess, akhirnya aku ada blog sendiri.. mungkin sesetengah akan kata aku ni lambat ketinggalan zaman punya org tapi peduli apa aku org nak kata. yang pentingnya aku DAH ADA BLOG Ssendiri.. insyaallah di dalam blog ini aku akan paparkan segala yang berguna kepada pembaca2..