Saturday 5 July 2008

Alhamdulillah..dah sampai akhirnya..

fuh..penat memandu seharian.. akhirnya aku selamat tiba di kuantan tepat jam 10.45malam.. memang banyak cerita yang nak aku sampaikan tapi tak dapat nak diceritakan semuanya di sini kot sebab penat sangat rasanya.. aku bertolak semalam (jumaat) jam 8 pagi dan tiba di melaka jam 1 lebih.. tak sempat nak makan tengahhari terus gi semayang dulu.. mulanya memang kami merancang unuk ke sungai buluh tapi tak jadi coz org yang nak kami jumpa tu dah berada di melaka..so, tak dapat la nak melawat kebun bro hamzah..nasib baik tak buat temu janji ngan dia..hehehe..kalau tak confirm dia akan marah kat aku... masa kami di alor gajah, terperanjat aku tengok pokok serai makcik ni besar nak mampos..tinggi bahu aku daunnya.. aku pun apa lagi terus mintaklah ngan makcik ni.. memang besar serai ni tapi aku tak pasti plak apa bakanya... bila ditanya ngan makcik tu dia cakap ni serai bukan serai kampung tapi boleh makan. aku pun tanya la ni serai peha ayam ke? boleh plak dia cakap "iye la kot"... tergelak aku dibuatnya.... tapi ayah aku cakap serai ni memang serai peha ayam.. yang buatkan aku musykilnya serai peha ayam ni terlampau lah besarnya... tengoklah gambar yang kat bawah ni.. serai ni aku dah potong 10inci sebab nak buat benih dan mungkin ditanam kat kebun aku rabu ni isyaallah..

jadi kalau sesaper boleh confirmkan kat aku yang serai aku jumpa ni serai peha ayam, bagitau la eh spesifikasinya..maklum la aku ni baru jer nak belajar bertani.. abgi aku kalau tengok besar jer dah panggil serai peha ayam..hehehe...



1 comment:

Unknown said...

bila tengok gambar serai bawah tuu.. rasanya BUKAN peha ayam ...
Gambar tu serai jenis serai buluh ... atau serai kampung ...