Sunday 29 June 2008

tanam serai dalam polibeg???? praktikal kah?

sebenarnya perkara ni memang dah lama terbuku dalam hati aku.. praktikal ker kalau kiter tanam serai dalam polibeg? persoalan ni terdetik bila aku tengok banyak anak serai yang aku tanam mati tanpa aku tahu apa sebenarnya puncanya.. satu lubang aku tanam 6batang tapi tak semuanya hidup.. aku tahu ada yang akan kata "biasalah tu, takkan semuanya hidup" tapi bukankah itu satu kerugian? sepatutnya dari 6 batang anak benih kita boleh dapat 25-30 anak baru dengan hanya sebulan kini dah jadi 4-10 anak benih jer..Mungkin sebab kualiti anak anak benih tak elok kot? ataupun kurang penjagaan dan perhatian semasa menanam atau selepas menanam anak benih serai?..hmm,entah lah...

next time aku akan try tanam anak benih dalam polibeg dulu dalam 1000 beg..nak beri penjagaan secukupnya.. lepas sebulan baru pindahkan ke tanah. harap eksperimen aku ni berjaya..

biarlah org cakap aku giler tapi selagi aku tak puas hati aku akan cuba..apa nanti aku akan update kat blog ni..

1 comment:

moufyiedarz said...

memang ade teknologi serai dalam polibeg, tapi bukan sebarangan cara, sebab tak jadi nanti.

teknologi ini memang asing dekat negara kita, tapi saya dah jumpe pioneer yang buat teknologi ni. hasil berbading tanam cara biasa memang tak boleh nak cakap, berkali-kali lebih baik, lebih banyak, lebih senang. kos lebih tinggi, tapi pulangan lebih baik. pembeli pun dah ada.

jadi, contact saya 0126976768 atau firdaus@esabumi.com kalua nak tau maklumat lanjut