Saturday 5 July 2008

Alhamdulillah..dah sampai akhirnya..

fuh..penat memandu seharian.. akhirnya aku selamat tiba di kuantan tepat jam 10.45malam.. memang banyak cerita yang nak aku sampaikan tapi tak dapat nak diceritakan semuanya di sini kot sebab penat sangat rasanya.. aku bertolak semalam (jumaat) jam 8 pagi dan tiba di melaka jam 1 lebih.. tak sempat nak makan tengahhari terus gi semayang dulu.. mulanya memang kami merancang unuk ke sungai buluh tapi tak jadi coz org yang nak kami jumpa tu dah berada di melaka..so, tak dapat la nak melawat kebun bro hamzah..nasib baik tak buat temu janji ngan dia..hehehe..kalau tak confirm dia akan marah kat aku... masa kami di alor gajah, terperanjat aku tengok pokok serai makcik ni besar nak mampos..tinggi bahu aku daunnya.. aku pun apa lagi terus mintaklah ngan makcik ni.. memang besar serai ni tapi aku tak pasti plak apa bakanya... bila ditanya ngan makcik tu dia cakap ni serai bukan serai kampung tapi boleh makan. aku pun tanya la ni serai peha ayam ke? boleh plak dia cakap "iye la kot"... tergelak aku dibuatnya.... tapi ayah aku cakap serai ni memang serai peha ayam.. yang buatkan aku musykilnya serai peha ayam ni terlampau lah besarnya... tengoklah gambar yang kat bawah ni.. serai ni aku dah potong 10inci sebab nak buat benih dan mungkin ditanam kat kebun aku rabu ni isyaallah..

jadi kalau sesaper boleh confirmkan kat aku yang serai aku jumpa ni serai peha ayam, bagitau la eh spesifikasinya..maklum la aku ni baru jer nak belajar bertani.. abgi aku kalau tengok besar jer dah panggil serai peha ayam..hehehe...



Wednesday 2 July 2008

Ta Da.... tengok la serai ni..


warggghhh dah besar dah serai ni...suburnya....

Tapi kengkawan jangan terperanjat, tu bukan serai kat kebun aku.. Giler apa tanam baru 26hari dah besar camni... ni serai kat kebun 'kawan baru' aku...usia serai ni bak kata pemiliknya baru berusia 2bulan dan baru je tadi siap pembajaan kali kedua.. kawan baru aku ni baru je kenal tadi... masa on da way balik tadi aku ternampak kebun ni. terus singgah.. besar la jugak dua ekar... sebelum2 ni aku just guna jalan utama tapi apsal ntah hari ni aku ikut jalan kampung...rupanya Dia nak temukan aku ngan kebun ni.. banyak jugak la borak ngan pemilik kebun ni.. yan namanya.. still belajar kat UPSI.. Katanya dia buat kontrak farming ngan rumpun biotek.. sampai kat pantai timur rumpun biotek ni pergi.... bagus2..

katanya, dia ikut abis panduan penanaman dari rumpun biotek.. tanam 6batang tegak dan disiram 7hari berturut2 lepas tanam.. tak macam aku, banyak nak 'mengelat'.... aku tanam 4batang jer kalau benih besar sebab tu lambat beranak kot.. Masa tunjuk gambar ni kat bapak aku,dia pun terperanjat... dia tanya kat mana budak ni tanam. aku pun cakap la kat kampung sebelah tu... rupanya kampung tu tanah dia elok...tanah banyak baja..patutla subur sangat..

apapun aku happy hari i sebab jumpa kawan baru hehehe...