Sunday 29 June 2008

alhamdulillah..Hujan mencurah-curah

syukur alhamdulillah..hujan tiba2 turun tengahhari ni..meringankan sikit kerja menyiram aku untuk minggu ni.. memang terror ayah aku buat ramalan cuaca..sekali pandang langit jer terus dia dapat agak hari akan hujan hari ni.. mulanya aku memang nak menyiram sebab kesian tengok pokok serai dah lama tak 'minum air' tapi ditentang oleh ayah aku... rupanya dia dah tahu hari nak hujan.hehehe...

tanam serai dalam polibeg???? praktikal kah?

sebenarnya perkara ni memang dah lama terbuku dalam hati aku.. praktikal ker kalau kiter tanam serai dalam polibeg? persoalan ni terdetik bila aku tengok banyak anak serai yang aku tanam mati tanpa aku tahu apa sebenarnya puncanya.. satu lubang aku tanam 6batang tapi tak semuanya hidup.. aku tahu ada yang akan kata "biasalah tu, takkan semuanya hidup" tapi bukankah itu satu kerugian? sepatutnya dari 6 batang anak benih kita boleh dapat 25-30 anak baru dengan hanya sebulan kini dah jadi 4-10 anak benih jer..Mungkin sebab kualiti anak anak benih tak elok kot? ataupun kurang penjagaan dan perhatian semasa menanam atau selepas menanam anak benih serai?..hmm,entah lah...

next time aku akan try tanam anak benih dalam polibeg dulu dalam 1000 beg..nak beri penjagaan secukupnya.. lepas sebulan baru pindahkan ke tanah. harap eksperimen aku ni berjaya..

biarlah org cakap aku giler tapi selagi aku tak puas hati aku akan cuba..apa nanti aku akan update kat blog ni..

Thursday 26 June 2008

benih serai terhad..

Benih tak ada....?

semalam aku dah call syarikat Moja Ventures bertanyakan pasal benih serai ni...hmm, nampak gayanya terpaksalah aku tangguhkan dulu niat nak perluas kebun serai aku ni..benih serai sekarang memang benar-benar terhad.. dan kalau adapun di tempat lain harganya YA RABBI mahal tak ingat.. boleh sampai RM2.50 sekilo.. dan ada yang jual sampai 20sen sebatang. kalau mahal kena dengan gred takpela jugak. ni tak, bercampur2 (yang halus pun kira 20sen gak)...

aku harap sebelum tengah bulan Julai ni pihak Moja Ventures dapat supply benih kat aku sebab sekarang ni memang tengah membuak2 perasaan nak menanam serai. apa taknya bila dah melihat kebun sendiri ada perkembangan...

semasa menanam






selepas hari ke 18 menanam



Wednesday 25 June 2008

bermula satu era baru dalam hidupku... aku dah ada blog sendiri!! (baru nak belajar)


assalamualaikum kepada semua pembaca2 blog aku. Yess, akhirnya aku ada blog sendiri.. mungkin sesetengah akan kata aku ni lambat ketinggalan zaman punya org tapi peduli apa aku org nak kata. yang pentingnya aku DAH ADA BLOG Ssendiri.. insyaallah di dalam blog ini aku akan paparkan segala yang berguna kepada pembaca2..